Umum

Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan dan Pahang

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Jumaat di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan serta Pahang.

Daerah di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Pahang pula ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada sehingga Sabtu turut dikeluarkan di beberapa daerah di Perak, Kelantan dan Pahang.

Ia membabitkan daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak; Jeli dan Gua Musang (Kelantan) serta Jerantut dan Maran di Pahang.

Ia membabitkan daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak; Jeli dan Gua Musang (Kelantan) serta Jerantut dan Maran di Pahang.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh 6 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan terdapat tiga negeri masih terjejas akibat banjir setakat jam 7 pagi Jumaat dengan 220 mangsa daripada 70 keluarga sedang berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, agensi itu memaklumkan kawasan terjejas itu membabitkan tiga daerah di Pahang, dua daerah di Perak dan satu daerah di Perlis.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top