Umum

Banjir kilat melanda tingkat bawah tanah Subang Parade

Banjir kilat melanda tingkat bawah tanah pusat beli-belah Subang Parade hari ini. Syarikat pengurusan bangunan Subang Parade di Subang Jaya, Hektar Property Services Sdn Bhd, mengesahkan tiada kecederaan dan insiden tidak diingini dilaporkan berlaku.

Syarikat itu menzahirkan rasa simpati dan memohon maaf terhadap sebarang gangguan. Keadaan kawasan di Subang Parade sedang dipulihkan seperti sediakala.

Menurut syarikat itu, mereka masih aktif menangani keadaan itu dan memastikan pengunjung selamat.

 

 

PALING POPULAR

To Top