Kesihatan

“Amputee football” bantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit amputasi

Amputasi mampu menjejaskan kehidupan seorang secara serious dari segi estetik, psikologi, ekonomi, emosi dan lain-lain lagi.

Setelah melalui proses amputasi, kebanyakkan pesakit amputasi anggota bawah mengalami kesusahan mengimbangi badan dan berjalan yang seterusnya melahirkan rasa kebimbangan pesakit jatuh.

Perkara-perkara ini akan menyebabkan impak yang negatif terhadap kualiti kehidupan pesakit.

Dengan ini, antara usaha program rehabilitasi pesakit amputasi adalah untuk meningkatkan keupayaan pesakit dan secara langsungnya meningkatkan kualiti kehidupan golongan ini.

Terkini, terdapat program rehabilitasi amputasi yang mengadaptasikan aktiviti sukan seperti bola sepak dimana permainan bola sepak itu dimain oleh pasukan-pasukan 7 orang menggunakan “bilateral crutches”. Kegunaan peralatan prostesis tidak dibenarkan semasa permainan berlangsung.

Bola sepak amputee atau dikenali sebagai amputee football telah dilaporkan di beberpa Negara sebagai aktiviti yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan seorang pesakit amputasi.

Kajian ini bermaksud untuk mengenal pasti impak aktiviti sukan seperti amputee football berbanding golongan pesakit amputasi di Malaysia secara amnya.

Pesert kajian termasuk golongan yang aktif bermain amputee football, berumur 18 tahun ke atas dan berdaftar dengan Malaysia Amputee Football Association (MAFA). Bagi tujuan kajian, peserta diminta menjawab beberapa soalan berkaitan kualiti kehidupan.

Kajian dijalankan dengan jumlah 15 peserta yang majoritinya (86.7%) mengalami amputasi disebabkan kemalangan jalan raya.

Hasil kajian awal menunjukkan fungsi fizikal sebagai perkara yang paling terjejas, diikuti oleh sosial dan kesihatan am pemain amputee football. Perkara ini konsisten dengan kajian di Turkey yang juga menjalankan kajian berkaitan amputee football.

Dalam perbandingan dengan populasi Malaysia secara amnya, pemain amputee football mempunyai kesihatan mental yang lebih baik. Markah kajian untuk domain lain adalah lebih rendah tetapi masih lebih tinggi dari markah purata iaitu 50.

Kesimpulannya, amputee football membantu meningkatkan kualiti kehidupan pemain amputee football. Sekiranya dibandingkan dengan pesakit amputasi secara amnya, pemain amputee football menunjukkan daya tenaga yang lebih kuat dan kesihatan mental yang lebih baik. Ini membuktikan keperluan aktiviti fizikal yang diadaptasikan disertakan dalam program rehabilitasi pesakit amputasi kerana manfaat kepada peserta adalah jelas.

 

 

Sumber Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim

 

 

PALING POPULAR

To Top