Umum

PN memperkasa golongan belia dan menjadikan aset masa depan negara

Perikatan Nasional (PN) akan menawarkan dua kerusi Senator Dewan Negara kepada belia dan beliawanis, sekiranya berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Menurutnya oleh kerana golongan belia adalah aset masa depan negara, maka Perikatan Nasional akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasa mereka, selain mensejahterakan keluarga muda dengan menawarkan beberapa insentif.

Ketika melancarkan PN BEST di Shah Alam, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata kerajaan PN akan menyediakan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama serta menambah baik skim pembiayaan perumahan bagi golongan B40 dan M40 seperti skim rent-to-own dan pembelian tanah.

Tawaran lain kepada anak muda adalah:

  • Memperkasa program usahawan golongan anak muda dalam industri ekonomi digital dan masa hadapan.
  • Menaikkan kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali/praktikal di sektor awam kepada RM1200 sebulan.
  • Mengurangkan bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 25 peratus kepada graduan dengan keputusan kelas kedua atas.
  • Memberi insentif khas bernilai RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  • Mempergiat penglibatan belia dalam industri kreatif, termasuk animasi dan kebudayaan bagi pasaran dalam dan luar negara.
  • Memperkasa pembangunan bakat e-sports dengan memperkenalkan stadium khas e-sports dan program mencungkil bakat masa depan e-sports.
  • Meningkatkan kemahiran digital belia, termasuk coding, artificial intelligence (AI), machine learning (ML), internet of things (IoT), blockchain dan cloud.
  • Menggalakkan usahawan muda dalam industri masa hadapan seperti 2 FinTech, Robotics dan kenderaan elektrik (EV).
  • Membangunkan tanah terbiar di kawasan strategik untuk belia bagi aktiviti pertanian moden dan vertical farming serta penternakan.
  • Mengurangkan harga siling bayaran lesen memandu motorsikal bawah 250cc.
  • Memperkenalkan dana khas di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui sumbangan sekurang-kurangnya 1% daripada keuntungan tahunan syarikat GLC terpilih bagi tujuan melaksanakan program pembangunan kepimpinan belia.
  • Mewajibkan syarikat P-Hailing dan E-Hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.
  • Potongan cukai khas bagi pekerja sektor ekonomi gig sepenuh masa yang berdaftar.
  • Mewujudkan Pusat Sukan dan Komuniti Perpaduan di setiap daerah.

PALING POPULAR

To Top