Umum

PN janji menilit isu doktor kontrak dalam perkhidmatan kesihatan awam

Perikatan Nasional (PN) berjanji meneliti isu doktor kontrak untuk mendapatkan perjawatan tetap dalam perkhidmatan kesihatan awam sekiranya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dipertimbang kerana manifesto PN menawarkan sebuah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan pada pilihan raya umum kali ini.

Ini kerana kewujudan suruhanjaya itu adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pegawai perubatan dan kumpulan sokongan termasuk perjawatan doktor, kes buli dan kebajikan doktor kontrak serta isu kekurangan doktor pakar.

PN berjanji bila bila mana suruhanjaya itu ditubuhkan perkara itu akan diberi penilitian untuk bagaimana jadikan profesion kedoktoran awam sebagai jawatan tetap.

PALING POPULAR

To Top