Umum

Manifesto Perikatan Nasional Meletakkan Malaysia sebagai paksi ekonomi Asia

Perikatan Nasional (PN) akan memberikan tumpuan terhadap ‘Memulihkan Ekonomi Yang Menyeluruh Dan Mampan Serta Berpaksikan Kebajikan Rakyat Secara Bersasar’ dalam manifesto yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Meletakkan Malaysia sebagai paksi ekonomi Asia Tenggara yang berteraskan industri masa hadapan serta mewujudkan sejuta pekerjaan baharu dalam bidang berpendapatan tinggi.

Tawaran ini juga tidak terkecuali bagi semua kaum, di mana PN akan mempergiatkan pelaksanaan inisiatif pemulihan ekonomi yang menyeluruh dan inklusif dengan melibatkan semua kaum di Semenanjung, wilayah Sabah dan Sarawak.

Memperkukuhkan sinergi antara Kerajaan dengan pihak swasta, pemain industri, akademia, pertubuhan bukan Kerajaan dan seluruh masyarakat dalam memulihkan ekonomi negara.

Mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing bagi sektor kritikal.

Menambah baik kualiti graduan IPT dan TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan berpendapatan tinggi.

Mengagihkan bayaran tunai hasil petroleum secara terus kepada semua Kerajaan negeri yang terlibat berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Menggalakkan majikan membenarkan pekerjaan secara fleksibel mengikut waktu dan lokasi yang bersesuaian bagi menepati takrif kerja penuh 45 jam seminggu dalam usaha meningkatkan penyertaan wanita dan belia sebagai tenaga kerja.

Mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mesra pelabur.

Menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Ini antara janji Perikatan Nasional (PN) dalam manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PALING POPULAR

To Top