Politik

Anak Najib persoal tindakan sekat bapanya berkempen

Tindakan menyekat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada mengeluarkan kenyataan dengan tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipersoal.

Menurut anaknya, Nooryana Najwa Najib, meskipun Najib sedang menjalani hukuman penjara, akan tetapi ia bukan satu permasalahan.

Ujarnya, perkara tersebut pernah diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015 bagi berkempen untuk memenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Kenapa Anwar boleh Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib,” soalnya dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top