Umum

Arab Saudi dilanda salji sejak Sabtu

Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.

Dilaporkan ratusan kenderaan dilihat berhenti di jalan raya ketika orang ramai mahu menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu.

Persekitaran kawasan pergunungan itu hampir keseluruhannya diselimuti salji.

Ia dilihat jarang berlaku kerana kawasan itu biasanya panas kerana di padang pasir.

Pusat meteorologi Arab Saudi pada Isnin melaporkan ribut petir dijangka berlaku.

Hujan lebat dan hujan batu dijangka berlaku di Mekah, Riyadh serta beberapa kawasan lain di negara itu.

PALING POPULAR

To Top