Kesihatan

Atasi masalah gastrik dengan 7 tips mudah ini.

Ramai antara kita yang terkesan dengan sakit gastrik. Gastrik atau istilah perubatan gastritis adalah keadaan dimana berlakunya keradangan pada lapisan dalam perut. Ia terjadi apabila tahap perlindungan lapisan dalam perut mengalami penurunan.

Bagi yang terkesan, sakit gastrik boleh menggannggu keadaan emosi diri dan juga mampu memberi kesan terhadap kebolehan diri untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Di sini, kami sertakan 7 tips untuk elak daripada sakit gastrik.

1. Makan ikut waktu. Elak daripada “ponteng” makan pada waktu biasa. Ini akan “melatih” perut untuk mengeluarkan jus gatrik pada waktu tertentu. Memakan hidangan yang ringan tapi kerap juga akan membantu elak perut dari terlalu penuh dan terbeban. Saiz hidangan yang kecil juga akan membantu dari segi penghadaman.

2. Elak makanan yang berasid, bergoreng, pedas dan berkandung lemak tinggi terutamanya bila perut kosong.

3. Jauhi minumam beralkohol dan minuman yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Sekiranya tak dapat dielak, pastikan jumlah yang diminum adalah terkawal.

4. Pastikan pemakanan seimbang dengan kandungan serat makanan yang tinggi “high fiber diet” seperti sayuran, buah, dan bijirin.

5. Banyakkan minum susu. Susu bersifat alkali dan boleh membantu mengurangkan tahap keasidan perut. Tapi, jangan minum secara berlebihan ataupun ketika perut kosong.

6. Elakkan stress. Mengamalkan gaya hidup yang aktif akan membantu diri mengawal tahap stress yang dialami. Selain bersenam, kaedah “deep breathing technique” juga boleh diamalkan bagi mengawal tahap stress.

7. Berhenti merokok. Merokok merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut dan boleh menyebabkan sakit gastrik.

Tapi harus diingat walaupun tips ini dapat membantu mengawal dan mengelak sakit gastrik, sekiranya tahap gastrik menjadi lebih teruk, sila dapatkan konsultasi pengamal perubatan untuk mendapat rawatan yang diperlukan.

 

Selamat mencuba!

 

 

Artikel ini telah dihasilkan dengan kerjasama Malaysia Health and Humanity Organisation dan telah disemak oleh Dr. Danial Afiq Abdul Rahman.

PALING POPULAR

To Top