Umum

Malaysia Reprographic Rights Centre menandatangan perjanjian hakcipta dengan Monash University Malaysia

Malaysia Reprographic Rights Centre (MARC) mengumumkan bahawa suatu perjanjian harta intelek dan hak cipta yang menyeluruh telah tercapai dan ditandatangani dengan Monash University Malaysia.

Peristiwa penting ini dalam bidang pendidikan dan hak harta intelek merupakan satu langkah ke hadapan yang signifikan dalam kegunaan harta intelek secara bertanggungjawab dan kemajuan bidang akedemik.

“MARC telah bergabung dengan Monash University Malaysia dalam usaha untuk menggalakan penghasilan semula dan pengedaran harta intelek secara bertanggungjawab serta perlaksanaannya yang mematuhi Akta Hakcipta dan undang-undang yang berkaitan” katanya dalam kenyataan yang sama.

Perjanjian ini merangkumi skop medium rujukan yang luas termasuk buku teks, terbitan akademik, kertas penyelidikan dan lain-lain rujukan pendidikan yang digunakan.

Kolaborasi bersejerah ini akan membolehkan Monash University Malaysia menyediakan sumber rujukan pendidikan yang luas kepada para pelajar dan fakulti univerisiti tersebut.

Tambahnya lagi, “perjanjian ini menandakan bahawa MARC dan Monash University Malaysia komited terhadap usaha menyokong dan mendorong penulis tempatan, penerbit, penghasil seni kreatif dan masyarakat pendidikan di Malaysia secara amnya dan mampu menjadi pencetus perkembangan bidang akademik serantau.”

 

 

PALING POPULAR

To Top