Umum

Azmir Saifuddin dilantik CEO Finas kuatkuasa 1 November

Gambar FB Finas

FINAS telah mengumumkan pelanrikan Dato Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa 1 November 2023.

Dalam kenyataan, Finas memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025.

Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

PALING POPULAR

To Top