Umum

Lelaki tular pukul pemandu lori sampah diberkas polis

Gambar hiasan

Seorang lelaki yang tular memukul dan mencederakan pemandu lori sampah dari syarikat KDEB Waste Management (KDEBWM) di Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar di Sabak Bernam, berjaya diberkas polis. Suspek yang berusia lewat 50-an itu ditahan si sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, pihak polis merampas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pengunci stereng dan kayu yang digunakan semasa kejadian. Saringan air kencing juga dijalankan mendapati bahawa suspek negatif daripada dadah namun, apabila rekod disemak, lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah berkaitan kes ugutan dan mencederakan orang. Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku pada pukul 9.30 pagi dimana lelaki berusia 37 tahun cedera di tangan selepas dipukul dengan kayu oleh suspek dan juga diugut. Siasatan awal mendapati bahawa mangsa sedang memandu lori untuk kutip sampah di sekitar Panchang Bedena dan laluan lorinya dihalang oleh kenderaan suspek. Mangsa membunyikan hon supaya kenderaan dialihkan, sebaliknya suspek datang dan mula menugut dan memukul mangsa dengan kayu. Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah dan dibenarkan pulang.

Syarikat KDEB Waste Management (KDEBWM) mengesahkan bahawa pemandunya yang diserang dalam kejadian tersebut. Namun begitu, KDEBWM putuskan untuk menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya. KDEBWN meminta orang ramai untuk sentiasa beri kerjasama dan beri laluan kenderaan lori kompaktor agar dapat menjalankan operasi kutipan sampah dengan lancar.

PALING POPULAR

To Top