Buletin

Baby Bump King Coco Jadi Perhatian

Rasanya dah lama kita tak dengar perkembangan terkini tentang instafamous, King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail.

Mesti ramai yang ingat lagi gadis yang pernah viral dengan video ‘Lot of Mix’ dan cara percakapannya seperti mat salleh.

Walaupun sering menjadi bahan ejekan, ramai juga yang kagum dengan King Coco kerana tidak mudah melatah dengan cacian dari netizen.

Apa yang pasti, wanita bakal bergelar ibu ini tidak pernah gagal untuk menghiburkan para netizen dengan video reviewnya.

Sejak Coco mendirikan rumah tangga, namanya kian dilupakan malah dia sendiri sudah jarang muat naik apa-apa update berkenaan dengan kehidupan peribadinya di Instagram.

Namun, baru-baru ini Coco ada memuat naik gambar ke Insta Story di Instagram yang dipercayai ingin berkongsi tentang kasut yang dipakainya.

Apa yang menjadi perhatian kali ini adalah apabila melihat satu perubahan yang agak ketara pada tubuh badannya. Baby bumpnya sudah jelas kelihatan. Mesti ramai yang nak tengok gambar terkini King Coco.

❤️️?❤️

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on

Selamat hari raya aidilfitri . Maaf zahir dan batin.

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on

Sumber: Media Hiburan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top