Buletin

Haram Guna Iklan Wajah, Tubuh Wanita – Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menjelaskan penggunaan iklan kadbod, patung plastik atau seumpamanya yang memaparkan wajah serta tubuh wanita adalah haram di sisi agama Islam.

Harussani membuat kenyataan itu selepas kecoh di laman sosial mengenai ‘pencabulan’ terhadap kadbod gadis Shell yang heboh baru-baru ini.

Menurut beliau, semua pihak seharusnya sedar kesan negatif yang timbul seandainya iklan sebegitu tular dalam masyarakat negara ini.

“Haram iklan berkenaan lebih-lebih lagi ia menjadi keghairahan. Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh.

“Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu,” katanya, lapor Astro Awani.

Pihak Shell sudah pun menarik balik iklan poster kadbod memaparkan wajah Nor Shafila Khairusalleh selepas aksi kurang sopan beberapa lelaki dengan kadbod tersebut menjadi tular baru-baru ini.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top