Buletin

Moratorium 3 bulan antara diumumkan PM dalam pakej RM40 bilion

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan sebagai sebahagian daripada pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion, sebagai bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu yang akan bermula esok.

Dalam perutusan malam ini, beliau berkata RM5 bilion akan disuntik kerajaan daripada fiskal Belanjawan 2021.

“Hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan,” kata Muhyiddin.

Selain itu, peruntukan lain yang diumumkan Muhyiddin antaranya:

  • RM1 bilion bagi mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam.
  • RM450 juta bagi menaik taraf kapasiti katil dan kelengkapan ICU untuk rawatan Covid-19 di hospital termasuk hospital pengajar universiti awam, medan.
  • RM550 juta untuk menampung pertambahan kos operasi dan pengurusan meliputi perubatan, dan menambah pekerja kontrak dan pesara petugas kesihatan tambahan bagi mempercepatkan pemberian vaksin.
  • 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
  • RM500 untuk bagi kategori isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 ringgit.
  • RM300 untuk kategori isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
  • RM100 untuk kategori bujang.

PALING POPULAR

To Top