Umum

Lotus’s Thai Fest berlangsung di Lotus Mutiara Damansara

Pesta Thai di Lotus Mutiara Damansara sedang berlansung dari 6 Oktober sehingga 15 Oktober ini.

Pesta makanan ini dianjurkan dengan kerjasama Thailand’s Department of International Trade Promotion (DITP), dilaporkan melibatkan 50 gerai makanan.

DITP juga mengumumkan pengunjung bakal dihibur oleh hos Jaasuzuran Fizi Ismail dan juga persembahankhas dari artis Thailand Da Endorphine, disamping berpeluang bermain permainan tradisional Thai.

Perasmian disempurnakan oleh Presiden Lotus Malaysia, Kenneth Chuah bersama Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP) Thailand, Worawan Wanwil.

Kenneth berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Pesta Thai itu sebagai acara tahunan sekurang-kurangnya diadakan setahun sekali dirangkaian Lotus seluruh negara.

Ujarnya, selepas pasar raya itu diambil alih pelabur Thailand, terdapat permintaan daripada pelanggan yang meminta pasar raya berkenaan memperbanyak produk dari negara itu yang semakin diterima masyarakat tempatan.

Beliau berharap penganjuran pesta berkenaan dapat mengetengahkan rasa masakan negara tersebut kepada pengunjung dan membantu mempromosi produk Thailand yang dipasarkan di pasar raya berkenaan.

PALING POPULAR

To Top