Umum

Bekas CEO badan berkanun ditahan SPRM berkaitan dana RM1.2 bilion

Gambar FMT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas CEO badan berkanun direman Suruhanjaya berkaitan siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan sekitar ibu negara bernilai RM 1.2 bilion.

Menurut laporan FMT, sumber berkata, suspek lelaki berusia sekitar 60-an ditahan kira-kira 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama dua hari bermula hari ini hingga esok terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2019 hingga 2021 dan menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang kepada syarikat kontraktor serta perunding tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan,” katanya.

Sebelum itu, SPRM telah menahan reman 2 pegawai kanan sebuah agensi badan berkanun bagi kesalahan sama.

Turut dilaporkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM, iaitu kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

 

 

 

PALING POPULAR

To Top