Umum

Bekas Presiden ABIM dipilih Pengerusi Bersih

Gambar Bersih

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz telah dipilih sebagai Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baharu bagi sesi 2023 hingga 2025.

Dalam suatu kenyataan, Jawatankuasa Pemilihan Bersih memaklumkan, Muhammad Faisal telah memperoleh kelebihan satu undi iaitu 23 undi berbanding pesaingnya, Gopalan K Papachan yang mendapat 22 undi.

Proses pengundian yang dijalankan secara dalam talian itu telah menyaksikan penerimaan 45 kertas undi daripada 61 badan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk gabungan berkenaan.

“Kertas undi telah dibuka dan dikira sejurus penutupan pengundian pada 5.00 petang pada 15 Disember 2023 di pejabat Bersih.

“Proses tersebut disiarkan melalui aplikasi Zoom untuk disaksikan oleh endorsing (menyokong) NGO dan disaksikan oleh lima pemerhati daripada endorsing secara fizikal di pejabat.

“Berdasarkan keputusan ini, jawatankuasa pemilihan mengisytiharkan saudara Muhammad Faisal dipilih sebagai Pengerusi Bersih bagi sesi 2023 – 2025,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

“Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sekretariat Bersih yang membantu menjalankan proses pemilihan ini dengan level profesionalisme, komitmen dan dedikasi yang tertinggi,” katanya.

Pada 19 November lalu, bekas Pengerusi Bersih, Thomas Fann meletak jawatan dengan memberikan notis dua bulan susulan mengakui tidak mampu untuk memimpin jawatankuasa berkenaan yang sudah dibahagikan.

 

PALING POPULAR

To Top