Umum

Bung Moktar dedah ditawar jawatan dalam Kabinet

Gambar Bung Moktar

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan beliau turut ditawarkan jawatan dalam Kabinet Persekutuan dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah itu menolak tawaran tersebut kerana ingin memberikan tumpuan kepada parti khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang akan datang.

“Ya, saya ditawarkan jawatan. Bagaimanapun, saya menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah bagi memperkukuhkan kedudukan UMNO yang bakal berhadapan dengan PRN17 akan datang,” katanya di sini pada malam Khamis.

Bung Moktar berkata, tawaran itu sekali gus menafikan persepsi pelbagai pihak yang berkata UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan Kabinet kali ini, yang turut dihangatkan lagi dengan pengguguran Datuk Siti Aminah Aching yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Beliau menjelaskan bahawa pelantikan Jemaah Menteri merupakan hak mutlak Perdana Menteri yang tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

PALING POPULAR

To Top