Umum

Bekas setiausaha politik menteri kanan antara individu disyaki terlibat rasuah lulus projek RM80 juta

2 individu direman kerana telah disyaki terlibat aktiviti rasuah berkaitan projek percetakan buku yang bernilai anggaran RM80 Juta yang dilaksanakan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.

Kedua-dua suspek berbaju lokap SPRM dilihat dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman. Seorang suspek tersebut merupakan bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan.

Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah Halid telah membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 26 September.

Dipercayai kedua-dua suspek lelaki tersebut ditahan pada hari Jumaat lalu kira-kira jam 11 malam ketika memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Menurut laporan di Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya telah mengesahkan penahanan tersebut ketika beliau dihubungi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top