Umum

Radzi Jidin menafikan penglibatan dengan projek RM80 Juta

Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin telah menafikan penglibatan dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta.

Datuk Dr Mohd Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, melalui sebuah kenyataan, menjelaskan bahawa dakwaan mengaitkan beliau dan isterinya sebagai proksi bagi sebuah syarikat yang terlibat dengan projek tersebut juga tidak benar sama sekali.

Merujuk kepada sebuah mesej yang ditularkan, beliau berkata, “Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan-tuduhan terkandung di dalam mesej tular tersebut yang mengaitkan saya dan isteri saya dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar sama sekali. Isteri saya juga bukan seorang kerabat diraja dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular tersebut.”

Dalam masa sama beliau turut mengesahkan mantan setiausaha politiknya telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes berkenaan.

Tambah Mohd Radzi, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya ke atas sesiapa sahaja yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan-tuduhan jahat yang sama sekali tidak berasas ini.

Sumber Datu Dr Mohd Radzi Md Jidin

PALING POPULAR

To Top