Umum

Bersalah atau dibebaskan’ keputusan rasuah rosmah diketahui hari ini

Setelah hampir empat tahun perbicaraan, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui keputusannya hari ini sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijadualkan akan mengumumkan keputusannya pada 9 pagi di mahkamah terbuka.

Bagaimanapun, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes tersebut.

Permohonan itu difailkan semalam atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran keputusan kesnya yang disediakan oleh pihak lain.

Difahamkan Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan itu terlebih dahulu.

PALING POPULAR

To Top