Umum

Laluan Banting-Taiping WCE dibuka awal 2024 secara berperingkat – Nanta

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting dan Taiping dijangka dibuka secara berperingkat awal tahun depan.

Menteri Kerja raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yakin, WCE yang menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dapat mengurangkan kesesakan terutamanya pada musim perayaan.

“Kerajaan kini memberikan tumpuan untuk menyiapkan WCE dari Banting ke Taiping yang akan menjadi laluan alternatif kepada PLUS  untuk pengguna menuju ke utara.

“Kerja-kerja penaiktaraf jalan Persekutuan di Tanjung Karang ke Sabak Bernam dan Teluk Intan ke Lekir juga telah disiapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Baki jajaran WCE yang masih dalam pembinaan oleh syarikat konsesi dijangka siap dan dibuka secara berperingkat pada awal depan dan keseluruhannya pada tahun 2025,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top