Umum

Bidaan untuk jam Rolex Dr Zulkifli Al-Bakri ditutup pada harga RM135,000

Gambar FB Datuk Dr Zulfikli Al-Bakri

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan nilai bidaan tertinggi jam Rolex miliknya itu mencecah RM135,000 ketika ditutup pada jam 12 tengah malam Selasa.

Zulkifli membuat pengumuman tentang nilai bidaan itu melalui satu hantaran ringkas di laman Facebook beliau.

“Bidaan Jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida. Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya.

“Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM 135,000. InsyaAllah , saya akan bertemu pemenangnya petang ini,” katanya.

Sebelum ini, Zulkifli melelong dan membuka bidaan jam tangan kesayangannya itu di laman Facebook miliknya selama dua hari bermula Isnin untuk didermakan sepenuhnya kepada rakyat Palestin.

 

PALING POPULAR

To Top