Entertainment

Bintang sitkom TV popular “Friends,” Matthew Perry meninggal dunia

Gambar IG MattyPerry

Bintang sitkom TV popular “Friends,” Matthew Perry meninggal dunia

Salah seorang bintang sitkom TV popular “Friends,” Matthew Perry, 54 tahun, ditemui mati di rumahnya Sabtu, lapor media AS.

Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu Los Angeles Times bahawa first responders menemui Perry tidak sedarkan diri dalam tab mandi panas di rumahnya di Los Angeles. Mereka tidak berjaya menyelamatkan Perry semula.

Liputan media melaporkan tiada tanda-tanda foul play dan tiada dadah ditemui di tempat kejadian pada Sabtu.

Perry terkenal dengan wataknya sebagai Chandler Bing dalam sitkom “Friends” yang sangat popular di NBC, yang berlangsung selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.

Perry bertarung ketagihan terhadap ubat penahan sakit dan alkohol, dengan be berapa kali menghadiri klinik pemulihan.

Semasa perjumpaan semula “Friends” yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Perry mengejutkan rakan pelakonnya dengan mengakui mengalami anxiety yang teruk “setiap malam” semasa penggambaran.

Selain “Friends,” Perry juga muncul dalam filem “Fools Rush In” dan “The Whole Nine Yards.”

PALING POPULAR

To Top