Umum

Video seram, UiTM cawangan Melaka memohon maaf

Gambar FB UiTM

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka telah memohon maaf di atas kebimbangan orang ramai berhubung sebuah video TikTok kisah seram yang berlaku di UiTM kampus Alor Gajah.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka turut memaklumkan pihaknya mengambil maklum termasuk tindakan bagi menangani perkara tersebut.

“Pihak pengurusan telah menyiasat kesahihan video berkenaan dan menasihati individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan video berkenaan merupakan pengalaman peribadi mereka dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus tersebut.

“Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti.

“Pihak universiti juga menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan kepada pelajar yang terkesan dengan kandungan video itu,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, semua kakitangan residen di kolej kediaman cakna akan perkara tersebut dan sentiasa memantau keselamatan pelajar ketika di kolej.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top