Umum

BNM umum pelantikan penolong gabenor baharu

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid sebagai penolong gabenor yang baharu, berkuat kuasa 1 Jun 2024.

BNM dalam satu kenyataan hari Jumaat berkata, Mohamad Ali Iqbal akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan serta Jabatan Dasar Pertukaran Asing.

Mohamad Ali memulakan kerjaya di BNM pada 2002 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan.

Beliau juga pernah berkhidmat di Pejabat Gabenor, Jabatan Antarabangsa serta sebagai Ketua Pejabat Perwakilan BNM di New York dan London, kata BNM.

Mohamad Ali Iqbal memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Massachusetts Institute of Technology, Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Aset daripada Singapore Management University dan Sarjana Kejuruteraan daripada University of Durham, United Kingdom.

Beliau ditauliahkan sebagai Chartered Financial Analyst (CFA) dan Chartered Banker (CB) daripada Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

 

 

PALING POPULAR

To Top