Kenaikan harga kerajaan harus campur tangan.

Begitu banyak berita yang tular mengenai kenaikan harga barang, kerajaan didesak agar campur tangun dan mendapat kata sepakat untuk memulihkan keadaan bagi mengekang sebarang bentuk manipulasi harga yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi perlu serius dan memberi perhatian terhadap keluhan rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga barangan.

“Rakyat menanti-nanti langkah proaktif yang diambil kerajaan, bukannya memberi jawapan kurang bernas yang langsung tidak menyebut solusi kepada permasalahan ini,” katanya.

Tambahan beliau, buat masa kini kenaikan harga barangan seperti sayur-sayuran, ayam, roti, telur ayam dan minyak masak memberi kesan kepada perbelanjaan harian masyarakat.

“Sebagai contoh, beberapa laporan telah mengenal pasti kenaikan harga sayur sehingga dua kali ganda selain harga ayam mencecah RM9.80 manakala telur pula mengalami kenaikan mendadak RM3 sepapan sejak sebulan yang lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, AMK juga mendapati terdapat kenaikan harga pada barangan runcit lain seperti tepung, sardin dalam tin, susu pekat, beras, rempah kari dan sos.

“Walaupun kenaikan ini dalam kadar yang kecil antara RM0.20 hingga RM0.60, namun ia tetap menyebabkan kos perniagaan meningkat yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna akhir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Alexander di pekarangan bangunan KPDNHEP, di sini pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam KPDNHEP, Mohd Arifin A M Noordin hadir bagi mewakili Alexander untuk menerima memorandum tersebut.

To Top