Umum

Cadangan kawal harga babi dibawa ke kabinet esok

Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada 22 Januari ini.

Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam hantaran Facebook beliau hari ini, mengumumkan akan membawa cadangan kawalan harga daging babi ke mesyuarat Kabinet, esok.

Beliau mengulas tentang pertemuannya hari ini dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin yang membincangkan tentang cadangan tersebut.

“Kerajaan Perpaduan komited dalam meneruskan kerjasama rentas kementerian.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Foong Hin berkata, dalam lawatan kerja ke Sabah baru-baru ini, beliau mendengar dan mengambil maklum kegusaran pelbagai pihak berkenaan kestabilan bahan makanan dan kos menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, termasuk isu bekalan dan kos daging babi.

Menurut beliau, keterjaminan makanan dan kos sara hidup adalah isu yang saling berkait rapat dan memerlukan usaha yang menyeluruh serta penyelarasan merentasi kementerian.

MAFS yang diwakili oleh timbalan menterinya Chan Foong Hin.

“Saya menyambut baik kesudian Datuk Seri Salahuddin meluangkan masa untuk berbincang mengenai hal-hal ini.

“Kementerian-kementerian kami akan meneruskan bekerjasama bagi memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil supaya kesejahteraan rakyat terus terjamin,” jelasnya.

 

PALING POPULAR

To Top