Business

Capital A mengembangkan sayap perniagaan ke Kemboja

Asia Digital Engineering Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Capital A Bhd telah mengadakan perjanjian pemegang saham (share holders agreement) dengan Sivilai Asia Co Ltd untuk menubuhkan perniagaan MRO (maintenance, repair and overhaul) di Kemboja.

Dalam pengumumannya Capital A menyatakan bahawa syarikat usahasama bernama ADE (Cambodia) Co. Ltd akan ditubuhkan dimana 60% jumlah terbitan saham dan modal berbayar adalah daripada Capital A dan baki 40% adalah daripada Sivilai Asia.

Makluman itu juga menyatakan bahawa Capital A telah memperbadankan syarikat usaha sama, AirAsia (Cambodia) Co. Ltd, untuk memulakan syarikat penerbangan AirAsia di Kemboja yang akan memulakan operasinya pada November 2023.

Ini akan membuka peluang kepada ADE untuk menubuhkan operasinya di Kemboja dengan memberi perkhidmatan kepada AirAsia Kemboja dan syarikat penerbangan pihak ketiga yang beroperasi di lapangan terbang utama Kemboja.

Katanya lagi, “ini dilakukan dengan objektif untuk mengoptimasikan penggunaan aset-aset ADE pada kapasiti maksimum bagi mencapai produktiviti yang terbaik.”

ADE akan menyuntik sehingga AS$1.2 juta dalam dua peringkat, iaitu peringkat pertama semasa prapemerbadanan dan bakinya selepas pemerbadanan. Ia akan menggunakan dana dalaman untuk bahagian pelaburan ekuitinya.

Lembaga pengarah Capital A berpendapat bahawa perjanjian pemegang saham (SHA) ini adalah yang terbaik untuk Capital A dan kumpulan syarikatnya.

 

Sumber Capital A

PALING POPULAR

To Top