Umum

Kemasukan tanpa Visa, AirAsia umumkan tambahan penerbangan China, India, Malaysia

Gambar Hiasan

AirAsia telah mengumumkan langkah untuk memperluaskan perkhidmatannya meliputi China, India serta Malaysia dengan 230 penerbangan seminggu bagi suku pertama 2024 dan mencecah sehingga 5.2 juta tempat duduk setahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes peningkatan kapasiti menerusi AirAsia Malaysia dan AirAsia X Malaysia itu adalah sebagai reaksi terhadap jangkaan lonjakan permintaan perjalanan susulan pengumuman langkah kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk pengembara dari China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember 2023.

Ia juga sejajar dengan pengumuman baru-baru ini mengenai kelonggaran visa perjalanan bagi rakyat Malaysia ke China mulai 1 Disember.

“Kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India pasti menyuntik rangsangan ke atas pelancongan dan ekonomi Malaysia menjelang kemuncak musim perjalanan akan datang selain turut meningkatkan hubungan ekonomi antara negara-negara besar ini,” kata Fernandes dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai penggiat utama dalam sektor penerbangan, AirAsia bersedia menambah kapasiti bagi menyokong permintaan terhadap perjalanan udara yang berpatutan serta mudah diakses di rantau ini.

PALING POPULAR

To Top