Umum

CEO Airasia letak jawatan

Gambar Riad

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat meletak jawatan hari ini.

Perkara tersebut telah diumumkan menerusi akaun instagram miliknya sambil mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atau sukar.

“Amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.”

“Dalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu.

“Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya.

Riad dilantik sebagai CEO AirAsia pada 10 Jan 2018.

 

PALING POPULAR

To Top