Umum

Cubaan merampas aset gagal

Gambar Hiasan

Cubaan untuk menggunakan mahkamah antarabangsa untuk merampas aset syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda serta aset diplomatik negara di Perancis termasuk bangunan kedutaan oleh kumpulan Filipina Sulu akhirnya digagalkan.

Mahkamah Perancis telah membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina pada 6 November lepas.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Keputusan pada 6 dan 9 November itu berjaya membebaskan Malaysia daripada cubaan tidak sah oleh warganegara Filipina itu untuk merampas kesemua aset diplomatik Malaysia di Perancis.

Sehubungan itu, penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa, juga akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Disember ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada kumpulan Sulu berkenaan.

Jika didapati bersalah, Stampa boleh dikenakan hukuman penjara dan denda oleh mahkamah tersebut.

Dengan itu, Malaysia telah berjaya melindungi kepentingannya di seluruh dunia, termasuk di Perancis iaitu apa yang dipanggil anugerah akhir sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang telah diberikan oleh Stampa.

Ia juga susulan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun, yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award terakhir di negara terbabit.

Pada 2019, kumpulan itu telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada Julai lalu, Petronas telah menerima perintah untuk merampas dua unit miliknya di Luxembourg, ketika waris Sulu tersebut berusaha menguatkuasakan pelaksanaan award timbang tara itu.

 

PALING POPULAR

To Top