Umum

Jumlah kes Covid-19 meningkat 28 peratus kepada 2,305

Gambar Hiasan

Jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,305 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023), iaitu 12 sehingga 18 November, berbanding 1,801 kes minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan peningkatan yang direkodkan itu adalah sebanyak 28 peratus, sekitar 500 kes seminggu.

Menurut kementerian itu, kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk pesakit yang disyaki ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

“Pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 0.4 peratus bagi tempoh sama manakala peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula adalah sebanyak 0.7 peratus,” katanya pada Khamis.

Katanya, sebanyak 21 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 20 kes varian membimbangkan (VOC) dan satu kes varian yang perlu mendapat perhatian (VOI).

Sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes ‘currently circulating’ VOI iaitu XBB.1.16, XBB.1.5, dan EG.5 dikesan yang terdiri daripada 783 kes tempatan dan 2 kes import.

Pecahan kes merangkumi 143 di Sarawak, Selangor (136), Kuala Lumpur (119), Melaka(117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37), Terengganu (24), Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), masing-masing 9 kes di Perak dan Putrajaya serta lapan kes di Pahang.

PALING POPULAR

To Top