Umum

Salah guna nama dan gambar, Bekas KP Kesihatan akan saman premis Teh herba

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan memfailkan saman terhadap sebuah premis perniagaan teh herba traditional Cina, setelah mendapati gambar beliau beberapa kali disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan itu dibuat menerusi hantaran di media sosialnya yang menyatakan beliau tidak mempunyai pilihan lain selain membawa syarikat itu ke mahkamah.

“Saya tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah. Berapa banyak (jumlah) yang anda fikir saya patut menyaman mereka?” tulisnya pada hari Sabtu.

Katanya, tindakan itu sebagai suatu pengajaran kepada pihak yang menyalahgunakan gambar dan kedudukannya tanpa kebenaran.

“Sekurang-kurangnya jika saya menang, saya boleh berkongsi kemenangan dengan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Dr Noor Hisham mendakwa, tindakan salah dan taktik pemasaran yang dibuat premis tersebut adalah bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

“Ini adalah satu lagi pemasaran yang tidak bertanggungjawab, menggunakan nama saya dan gambar oleh syarikat berkenaan bertujuan untuk menipu orang ramai,” katanya

PALING POPULAR

To Top