Umum

Dakwaan tertinggal dawai dalam saluran darah, HTAR jalankan siasatan

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menjalankan siasatan atas dakwaan kecuaian hospital meninggalkan dawai dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapatkan rawatan di hospital itu.

Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya memberi jaminan setiap aduan akan disiasat secara telus mengikut prosedur ditetapkan tanpa mengabaikan hak pesakit.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat. Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pesakit yang mendakwa mendakwa HTAR meninggalkan dawai (Guidewire) sepanjang 22cm dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang.

 

 

PALING POPULAR

To Top