Umum

PN setuju pertimbang kerajaan perpaduan

Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi yang diadakan pada Khamis.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Setakat Khamis, antara parti yang memberikan respons positif terhadap idea pembentukan kerajaan perpaduan ialah Pakatan Harapan (PH), UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

PALING POPULAR

To Top