Umum

Dua maut nahas libat enam kenderaan di Putrajaya

Dua individu maut dalam nahas melibatkan enam kenderaan termasuk dua buah lori di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, di sini pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya memaklumkan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 10.24 pagi.

“Anggota bomba turut dibantu sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian

“Kemalangan melibatkan dua buah motosikal, dua lori dan dua kereta selain mangsa melibatkan sembilan individu termasuk dua mangsa yang disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu. –Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top