Umum

FAM dianugerah Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level

Gambar FB FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level di Majlis Penyampaian Pengiktirafan Teknikal AFC, di Doha, Qatar, hari Selesa.

Pengiktiran itu disampaikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang turut hadir di Doha, Qatar bagi majlis Anugerah Tahunan AFC.

Hamidin berkata beliau percaya pengiktirafan Pro Diploma kejurulatihan tersebut pastinya akan menjadi pencetus semangat kepada kakitangan Jabatan Teknikal dan kejurulatihan khususnya, dan semua anggota pentadbiran FAM, secara amnya, dalam membangunkan lagi bola sepak.

“Pengiktirafan ini memainkan peranan penting dalam membantu FAM meningkatkan kualiti pendidikan kejurulatihan di seluruh Malaysia,” katanya.

 

 

 

 

PALING POPULAR

To Top