Umum

Singapura setuju buka pejabat Konsulat di Kuching, Sarawak.

Gambar UKAS

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyatakan, Singapura telah bersetuju untuk membuka pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan.

Beliau berkata persetujuan tersebut dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura hari Isnin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak berkata pembukaan pejabat itu melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.

Katanya lagi, beliau telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura.”

Usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.

 

PALING POPULAR

To Top