Buletin

Fidget Spinner Emas Paling Mahal Dijual RM72,000

Jika anda seorang jutawan, mungkin pemainan ‘fidget spinner’ diperbuat daripada emas berharga AS$17,000 (RM72,976) inilah yang anda cari.

Caviar, sebuah syarikat dari Rusia menawarkan pelbagai jenis aksesori mewah dan kali ini mereka menawarkan permainan yang kini menjadi perhatian di seluruh dunia iaitu ‘fidget spinner’.

Walaupun gajet itu berharga AS$17,000, tetapi tidak dipastikan sama ada versi mereka boleh dikategorikan sebagai permainan.

Caviar baru-baru ini melancarkan siri ‘fidget spinner’ dari jenis yang disalut emas dan serat karbon pada harga hanya AS$250 (RM1,073) kepada seluruhannya adalah emas pada harga AS$16,700 (RM71,652).

Dengan tambahan AS$1,650 (RM7,079), gajet yang diperbuat daripada emas akan bertakhtakan berlian.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top