Umum

Gagal mendapat pengampunan penuh, terdapat gesaan dalam umno untuk tarik sokongan

Gambar Facebook

Terdapat gesaan agar UMNO menarik balik sokongannya daripada kerajaan perpaduan pada perjumoaan tertutup khas semalam antara presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua-ketua UMNO Bahagian.

Menurut laporan FMT, seorang pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu berkata, segelintir ketua-ketua bahagian menyokong gesaan itu selepas bekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapat pengampunan penuh berhubung kes SRC International.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, langkah menarik diri daripada kerajaan perpaduan “berisiko” untuk parti itu.

Pemimpin parti itu turut menyatakan bahawa UMNO pada ketika ini bukan dalam kedudukan yang baik dan akan hilang kekuatan serta kuasa tawar-menawar jika menarik diri daripada kerajaan.

Beliau berkata, beberapa kumpulan ketua bahagian turut menghubungi Zahid secara peribadi berhubung perkara itu.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana gagal membantu parti mendapatkan semula Najib,” katanya.

Cadangan menarik diri daripada kerajaan ini bukanlah kali pertama bagi Umno. Pada Julai 2021, Umno turut menarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Seorang lagi ketua bahagian, yang juga enggan namanya disiarkan berkata, wujud ketegangan dalam parti, terutamanya dalam kalangan penyokong Najib.

“Mereka berharap Najib dapat pengampunan penuh, tetapi itu tidak berlaku,” katanya.

“Kebanyakan antara mereka pada mulanya setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dengan harapan Najib akan diampunkan, sepertimana Anwar.”

Pada Ahad, FMT melaporkan bahawa 191 ketua bahagian telah diarahkan mengumpul sejuta tandatangan untuk petisyen memohon pengampunan penuh diraja buat Najib.

Ini susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memendekkan hukuman Najib dalam kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

 

 

 

Sumber FMT

PALING POPULAR

To Top