Umum

KPM siasat dakwaan kertas peperiksaan sejarah SPM 2023 bocor

Gambar Hiasan

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan kertas sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 terbocor.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tindakan sewajarnya akan diambil jika dakwaan itu benar.

“Namun, KPM mempunyai integriti cukup tinggi dalam mengawal ketat peperiksaan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Apa sahaja dakwaan, KPM akan siasat dan pada masa sama, saya minta anak-anak tidak diganggu dengan berita ini. Bagi mereka ruang fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka hadapi.

“Kami akan siasat secara terperinci dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” katanya menurut Harian Metro selepas Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, Negeri Sembilan

PALING POPULAR

To Top