Umum

Hamdan Senario meninggal dunia

Pelawak Ahmad Hamdan Mohamed Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan Senario telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, sekitar jam 12.50pm hari Jumaat.

Dilaporkan, perkara tersebut telah disahkan anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan komplikasi jantung serta buah pinggang.

Jenazah akan dimandikan di hospital seterusnya akan dibawa pulang ke rumah beliau di Ipoh, Perak dan dijangka tiba di rumah sekitar jam 8.30 malam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Hamdan terkenal dengan kumpulannya Senario yang dibentuk pada tahun 1996 bersama Shamsul Ghau Ghau, Azlee, Mazlan, Ilya, Wahid dan Farouk Hussain serta telah membintangi beberapa buah filem.

 

PALING POPULAR

To Top