Umum

MyEG sambung pembahruan Pas Lawatan Kerja Sementara

Gambar Hiasan

MyEG Services Bhd (MyEG) hari ini mengumumkan, perkhidmatan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara bagi pekerja akan disambung semula pada 15 Januari.

Dalam sebuah kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, perkhidmatan tersebut disambung semula selepas selesai penambahbaikan sistem yang dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan lanjutan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Penyambungan semula perkhidmatan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat mulai tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dan seterusnya,” katanya.

Pada Okt tahun lepas, KDN memberikan lanjutan dua tahun kepada MyEG bagi perkhidmatan berkaitan imigresen.

Pengguna boleh melayari www.myeg.com.my mulai 15 Jan untuk memohon pembaharuan PLKS bagi pekerja asing mereka.

PALING POPULAR

To Top