Umum

‘Hidup zaman mana ni?’ Anwar bidas Ismail tolak debat

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim membidas Ismail Sabri Yaakob yang menolak cadangan mengadakan perdebatan antara tiga calon perdana menteri dengan alasan debat “bukan budaya kita”.

“(Ismail) ini hidup pada zaman mana? Parlimen itu tempat berbahas, sekolah mahupun universiti yang berjaya menganjurkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif yang membolehkan perbahasan.

“Ulama-ulama besar zaman silam hidup dengan penuh perbahasan, soal jawab dan berbagai pendapat. Bezanya, kita gunakan istilah yang baik, tak maki orang.” katanya ketika berucap ketika Jelajah Mega Harapan di Melaka.

Semalam, Ismail menolak cadangan Anwar supaya calon perdana menteri PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka, sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, debat “bukan budaya kita” dan ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Sumber: FMT Malaysia

PALING POPULAR

To Top