Umum

ASM 3 mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 4.50 sen seunit

Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023 sebanyak 4.50 sen seunit.

Pengumuman yang dibuat oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta yang akan memanfaatkan 563,460 pemegang unit yang kini memiliki 15.2 bilion unit.

Pengagihan pendapatan sebanyak 4.50 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.86% sebanyak 164 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 27 September 2023.

ASM 3 merekodkan RM653.88 juta pendapatan bersih yang diperoleh daripada keuntungan yang direalisasikan, dividen, serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

Kenytaan tersebut menyatakan dana itu juga meneruskan strategi kepelbagaiannya sementara pasaran ekuiti tempatan mendapat manfaat daripada lonjakan keyakinan oleh pelabur asing dan pasaran global mengalami pulangan positif daripada revolusi AI generatif.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan

minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut dimana pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2023.

Pemegang unit boleh melakukan urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Oktober 2023, atau dimana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Oktober 2023.

PALING POPULAR

To Top