Umum

Identiti Mr. H bakal didedah?

Identiti sebenar ‘Mr H’ yang dikatakan sebagai dalang penyebaran rakaman panggilan video berbaur lucah melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff dan pembantunya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dijangka akan didedahkan kepada umum.

Menurut laporan Awani, sumber sebuah portal menyatakan Abdul Wahab akan mengemukakan surat tuntutan saman terhadap ‘Mr H’, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard serta kerajaan untuk dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, CheguBard, menyifatkan penjelasan diberikan Mohammad Agus dalam isu kes video tersebut sangat mengelirukan.

Badrul Hisham menyifatkan isu berkenaan semakin rumit, selain mempersoal sama ada rakaman video yang tersebar itu antara lain mengesahkan wujud masalah di Agus dan beberapa individu di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah mengesahkan individu yang dikenali sebagai “Mr H” berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip Mohammad Agus selesai diambil keterangan.

Pada masa sama, Mohammad Agus juga sudah mendedahkan identiti ‘Mr H’ dalam keterangannya kepada polis.

Tanpa mendedahkan masa dan tempat “Mr H” dipanggil, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan hadir sejak pagi pada 23 November lepas.

Mohammad Agus pada sidang medianya sebelum ini turut mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Pada sidang yang sama, Abdul Wahab menjelaskan telah diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi di J-KOM, digelar ‘Mr H’ untuk merakam panggilan video bersama Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

 

Sumber Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top