Umum

IJM peroleh kontrak RM1.10 bilion kerja-kerja Projek RTS Link

Ganbar MRT Corp

IJM Corp Bhd (IJM) telah berjaya peroleh kontrak bernilai RM1.10 bilion daripada Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata kontrak itu berkaitan dengan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (Projek RTS Link) yang dijangka siap

Menerusi subsidiari milik penuh, IJM Construction Sdn Bhd, IJM berjaya memperoleh cadangan reka bentuk, pembinaan serta penyiapan Pakej 2A Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen (ICQC) termasuk kerja luar Pakej 2B ICQC untuk projek RTS Link.

Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, projek RTS Link diunjurkan menyumbang kepada pendapatan masa depan kumpulan itu.

Projek RTS Link ini dijangka siap pada 30 Dis 2026

PALING POPULAR

To Top