Umum

Insentif SFZ Forest City dimuktamadkan pada Ogos

Gambar Forest City

Insentif khas bagi menarik institusi kewangan dan perbankan ke Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City akan dimuktamadkan pada Ogos, kata Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

Perkara itu dibincangkan pada perjumpaan bersama Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan di Putrajaya, katanya,

“Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan perkembangan dan kemajuan gerak kerja daripada semua pihak yang terlibat,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

“Komitmen dan kerjasama ini membuktikan bahawa kita benar-benar serius dalam mencapai kemajuan untuk negara dan Johor khususnya.”

Dalam hantaran itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang banyak menyokong permohonan Johor mengenai SFZ.

 

 

PALING POPULAR

To Top